Thursday, March 17, 2011

Misi dan Visi Perpustakaan Permainan TABIKA Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional ….

Menyediakan berbagai jenis bahan (permainan, buku, ABM) dan aktiviti yang terancang, perpustakaan permainan  menawarkan suatu peluang kepada kanak-kanak untuk mengalami keseronokan bermain,membaca, meneroka  dan keterujaan menemui ilmu dan karya-karya dari daya imaginasi. Kanak-kanak, guru dan ibubapa mereka harus memahami bagaimana cara yang terbaik untuk menggunakan sesebuah perpustakaan permainan dan bagaimana cara untuk mengembangkan kemahiran-kemahiran dalam penggunaan media bercetak dan elektronik.
Perpustakaan permainan  mempunyai tanggungjawab khusus untuk menyokong proses pembelajaran untuk membaca, meneroka dan untuk mempromosikan barang-barang permainan, buku-buku dan media lain bagi kanak-kanak. Perpustakaan permainan hendaklah menyediakan program-program untuk kanak-kanak, seperti bercerita dan seni dan kraf, penerokaan, penyelidikan, drama, teater, nyanyian, main peranan yang  berkaitan dengan perkhidmatan dan sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan permainan tersebut. Oleh yang demikian Perpustakaan Permainan JPNIN Kulim/B.Baharu telah:-

  • Menyediakan barang-barang permainan/buku/bahan rujukan yang berkualiti untuk kegunaan kanak- kanak
  • Menyediakan  pelbagai bahan yang bersesuaian dengan perkembangan dan minat kanak-kanak
  • mempunyai senarai pelbagai bahan mengikut perkembangan dan umur kanak-kanak
  • menyediakan peluang kepada guru, ibu bapa dan komuniti untuk berkongsi dan berinteraksi selain dapat mengeratkan perhubungan
  • membantu guru dan ibu bapa untuk memahami  perkembangan menyeluruh kanak-kanak

0 comments:

Post a Comment