Thursday, March 17, 2011

Kunjungan JPNIN Pulau Pinang ke Perpustakaan Permainan

Pada hari Selasa 15.03.2011 yang lalu, Perpustakaan Permainan JPNIN Kulim/B.Baharu telah menerima kunjungan dari JPNIN Pulau Pinang seramai 18 orang yang terdiri daripada PPD, Guru dan pen. Guru Tabika.  Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk melihat dengan lebih dekat pengurusan Perpustakaan Permainan yang telah beroperasi di JPNIN Daerah Kulim/B.Baharu.  Kunjungan seperti ini sangat bermakna dan telah dimanfaatkan untuk bertukar-tukar idea dan pendapat bertujuan untuk penambahbaikan di dalam pengurusan serta perlaksanaan Perpustakaan Permaianan.





JPNIN Kulim/B.Baharu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian JPNIN Pulau Pinang yang hadir. Adalah menjadi harapan kami, JPNIN Kulim/B.Baharu untuk membuat kunjungan balas ke Perpustakaan Permaianan JPNIN Pulau Pinang....InsyaAllah...

6 Pusat di Perpustakaan Permainan

Pusat Kerohanian, Sikap dan Nilai

Pusat Kreativiti dan Fizikal

Pusat Sosioemosi

Pusat Bertema

Pusat Bahasa & Komunikasi

Pusat Sains Matematik dan Teknologi

Kemaskini Perpustakaan Permainan.....2011

Sebelum memulakan operasi Perpustakan Permainan bagi tahun 2011,   AJK pengurusan Perpustakaan Permainan bersama guru-guru Tabika Perpaduan telah bekerjasama untuk mengemaskini serta menceriakan Perpustakaan Permainan JPNIN Daerah Kulim/B.Baharu.  Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada guru dan pen. guru Tabika Perpaduan yang sudi berkorban masa dan tenaga untuk mengemaskini dan menceriakan lagi Perpustakaan Permainan sebelum menerima kunjungan murid-murid KTP daerah Kulim/B.Baharu bagi tahun 2011.


Cikgu Vathasala, C. Hasida dan C. Fatimah berkerjasama menceriakan Pusat Bertema...

Cikgu Leha...C. Zainah & C.Zie di Pusat Sains, Matematik dan Teknologi


C. Gayah & C. Sharifah menceriakan pusat Sosioemosi

Terima Kasih kepada guru-guru yang hadir.......

Perpustakaan Permainan.....Toy Library..... JPNIN

Perpustakaan Permainan JPNIN Daerah Kulim/B.Baharu telah mula beroperasi pada bulan Mac tahun 2010.  Lawatan kali pertama setiap tabika adalah untuk memperkenalkan Perpustakaan Permainan kepada murid-murid Tabika Perpaduan Daerah Kulim/B.Baharu. Lawatan seterusnya di manfaatkan sepenuhnya oleh murid dan guru tabika untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kemudahan yang disediakan di setiap sudut dan kotak bertema yang terdapat di dalam Perpustakaan Permainan tersebut.  Sebanyak 21 KTP Daerah Kulim/B.Baharu telah mengunjungi Perpustakaan Permainan JPNIN yang bertempat di Pusat Aktiviti Perpaduan Daerah Kulim/B.Baharu sepanjang tahun 2010 mengikut jadual yang ditetapkan.

Lawatan ke Perpustakaan Permainan JPNIN Daearah Kulim/B.Baharu sepanjang tahun 2010....

Pusat Sains, Matematik dan Teknologi

Pusat Bahasa dan Komunikasi

Pusat Sosioemosi

Kotak Bertema

P&P menggunakan Pusat Kotak Bertema

Pusat Kreativiti & Fizikal

Seronoknya.....main masak-masak...

Misi dan Visi Perpustakaan Permainan TABIKA Jabatan Perpaduan dan Integrasi Nasional ….

Menyediakan berbagai jenis bahan (permainan, buku, ABM) dan aktiviti yang terancang, perpustakaan permainan  menawarkan suatu peluang kepada kanak-kanak untuk mengalami keseronokan bermain,membaca, meneroka  dan keterujaan menemui ilmu dan karya-karya dari daya imaginasi. Kanak-kanak, guru dan ibubapa mereka harus memahami bagaimana cara yang terbaik untuk menggunakan sesebuah perpustakaan permainan dan bagaimana cara untuk mengembangkan kemahiran-kemahiran dalam penggunaan media bercetak dan elektronik.
Perpustakaan permainan  mempunyai tanggungjawab khusus untuk menyokong proses pembelajaran untuk membaca, meneroka dan untuk mempromosikan barang-barang permainan, buku-buku dan media lain bagi kanak-kanak. Perpustakaan permainan hendaklah menyediakan program-program untuk kanak-kanak, seperti bercerita dan seni dan kraf, penerokaan, penyelidikan, drama, teater, nyanyian, main peranan yang  berkaitan dengan perkhidmatan dan sumber-sumber yang terdapat di perpustakaan permainan tersebut. Oleh yang demikian Perpustakaan Permainan JPNIN Kulim/B.Baharu telah:-

  • Menyediakan barang-barang permainan/buku/bahan rujukan yang berkualiti untuk kegunaan kanak- kanak
  • Menyediakan  pelbagai bahan yang bersesuaian dengan perkembangan dan minat kanak-kanak
  • mempunyai senarai pelbagai bahan mengikut perkembangan dan umur kanak-kanak
  • menyediakan peluang kepada guru, ibu bapa dan komuniti untuk berkongsi dan berinteraksi selain dapat mengeratkan perhubungan
  • membantu guru dan ibu bapa untuk memahami  perkembangan menyeluruh kanak-kanak

Pengenalan kepada Perpustakaan Permainan....Toy Library

Perkhidmatan perpustakaan permainan untuk kanak-kanak telah menjadi  penting seperti  untuk kanak-kanak dan keluarga mereka di seluruh dunia. Akses kepada maklumat dan kekayaan pelbagai kebudayaan dan bangsa di dunia, serta pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran literasi telah menjadi keutamaan bagi masyarakat kita. Sebuah perpustakaan permainan  kanak-kanak yang bermutu menyediakan kanak-kanak dengan pembelajaran sepanjang hayat dan kemahiran literasi, membolehkan mereka mengambil bahagian dan menyumbang kepada masyarakat. Perpustakaan permainan  itu harus sentiasa bertindak balas kepada perubahan-perubahan yang kian bertambah di dalam masyarakat dan memenuhi keperluan-keperluan maklumat, kebudayaan dan hiburan kepada kanak-kanak. Setiap kanak-kanak harus biasa dan selesa dengan perpustakaan setempat dan memiliki kemahiran-kemahiran untuk membolehkan mereka menggunakan perpustakaan secara am.