Tuesday, April 3, 2012

Lawatan JPNIN Daearah Kota Setar ke Toy Library JPNIN Kulim/BB

Petang tadi Perpustakaan Permainan JPNIN Kulim/BB telah menerima kunjungan dari JPNIN Daerah Kota Setar.  Tujuan lawatan ini adalah sebagai pengenalan kepada bagaimana cara penubuhan dan operasi  Perpustakaan Permainan yang bakal ditubuhkan di daerah Kota Setar kelak.  Pn. Norharison Bt. Romli selaku pegawai operasi telah dipertanggungjawabkan untuk memberi taklimat mengenai penubuhan dan operasi Perpustakaan Permainan, selesai taklimat pegawai-pegawai serta guru-guru dari Daerah Kota Setar telah diberi penerangan dengan lebih jelas oleh ajk-ajk PP melalui lawatan ke setiap sudut-sudut yang terdapat di dalam PP.  Diharap melalui kunjungan serta lawatan ini, ianya dapat memberi sedikit sebanyak pengetahuan dan gambaran mengenai penubuhan dan perlaksanaan PP...

Taklimat ringkas dari pegawai operasi PP...Pn Norharison

antara pegawai & guru daerah Kota Setar yang hadir

lawatan ke sudut-sudut yang terdapat dalam PP



terima cenderahati dari PPD Kota Setar

sempat bergambar kenangan....

menjamu selera sebelum pulang ke Alor Setar.....

Tuesday, March 20, 2012

Toy Library 2012 Berwajah Baru

ruang dalam perpustakaan permaianan JPNIN Kulim/BB

ruang dan sudut-sudut dalam perpustakaan permainan

antara kemudahan dan peralatan yang disediakan di dalam perpustakaan permainan

Pusat Sosioemosi

Pusat Kerohanian, Sikap dan Nilai

Sudut Fizikal dan Estetika

Sudut Sains dan Teknologi

Sudut Bahasa dan Komunikasi

Sudut Bertema







Ucapa jutaan terima kasih kepada pegawai penyelaras....semua guru-guru serta penolong-penolong guru yang telah bekerja keras untuk mematikan Perpustakaan Permaianan JPNIN Daerah Kulim/BB berwajah baru dan ceria sebelum memulakan operasinya....

Thursday, February 16, 2012

Taklimat Penubuhan Perpustakaan Permaian

Perpustakaan Permainan JPNIN daerah Kulim/BB merupakan perpustakaan permaianan yang pertama ditubuhkan bagi JPNIN di negeri kedah...Oleh yang demikian pada hari  hari Selasa (14.02.2012) yang lalu...Pn. Norharison bt Romli selaku pegawai operasi Perpustakaan Permainan Daerah Kulim/BB telah dijemput oleh JPNIN daerah Kuala Muda untuk memberi sedikit taklimat mengenai  penubuhan perpustakaan permaianan.  Diharap taklimat yang diberikan boleh dijadikan sebagai panduan untuk daerah Kuala Muda untuk memulakan operasi Perpuatakaan Permaianan...SELAMAT MAJU JAYA diucapkan.



Thursday, March 17, 2011

Kunjungan JPNIN Pulau Pinang ke Perpustakaan Permainan

Pada hari Selasa 15.03.2011 yang lalu, Perpustakaan Permainan JPNIN Kulim/B.Baharu telah menerima kunjungan dari JPNIN Pulau Pinang seramai 18 orang yang terdiri daripada PPD, Guru dan pen. Guru Tabika.  Tujuan kunjungan tersebut adalah untuk melihat dengan lebih dekat pengurusan Perpustakaan Permainan yang telah beroperasi di JPNIN Daerah Kulim/B.Baharu.  Kunjungan seperti ini sangat bermakna dan telah dimanfaatkan untuk bertukar-tukar idea dan pendapat bertujuan untuk penambahbaikan di dalam pengurusan serta perlaksanaan Perpustakaan Permaianan.





JPNIN Kulim/B.Baharu mengucapkan ribuan terima kasih di atas kesudian JPNIN Pulau Pinang yang hadir. Adalah menjadi harapan kami, JPNIN Kulim/B.Baharu untuk membuat kunjungan balas ke Perpustakaan Permaianan JPNIN Pulau Pinang....InsyaAllah...

6 Pusat di Perpustakaan Permainan

Pusat Kerohanian, Sikap dan Nilai

Pusat Kreativiti dan Fizikal

Pusat Sosioemosi

Pusat Bertema

Pusat Bahasa & Komunikasi

Pusat Sains Matematik dan Teknologi

Kemaskini Perpustakaan Permainan.....2011

Sebelum memulakan operasi Perpustakan Permainan bagi tahun 2011,   AJK pengurusan Perpustakaan Permainan bersama guru-guru Tabika Perpaduan telah bekerjasama untuk mengemaskini serta menceriakan Perpustakaan Permainan JPNIN Daerah Kulim/B.Baharu.  Ucapan terima kasih tidak terhingga kepada guru dan pen. guru Tabika Perpaduan yang sudi berkorban masa dan tenaga untuk mengemaskini dan menceriakan lagi Perpustakaan Permainan sebelum menerima kunjungan murid-murid KTP daerah Kulim/B.Baharu bagi tahun 2011.


Cikgu Vathasala, C. Hasida dan C. Fatimah berkerjasama menceriakan Pusat Bertema...

Cikgu Leha...C. Zainah & C.Zie di Pusat Sains, Matematik dan Teknologi


C. Gayah & C. Sharifah menceriakan pusat Sosioemosi

Terima Kasih kepada guru-guru yang hadir.......

Perpustakaan Permainan.....Toy Library..... JPNIN

Perpustakaan Permainan JPNIN Daerah Kulim/B.Baharu telah mula beroperasi pada bulan Mac tahun 2010.  Lawatan kali pertama setiap tabika adalah untuk memperkenalkan Perpustakaan Permainan kepada murid-murid Tabika Perpaduan Daerah Kulim/B.Baharu. Lawatan seterusnya di manfaatkan sepenuhnya oleh murid dan guru tabika untuk aktiviti pengajaran dan pembelajaran dengan menggunakan kemudahan yang disediakan di setiap sudut dan kotak bertema yang terdapat di dalam Perpustakaan Permainan tersebut.  Sebanyak 21 KTP Daerah Kulim/B.Baharu telah mengunjungi Perpustakaan Permainan JPNIN yang bertempat di Pusat Aktiviti Perpaduan Daerah Kulim/B.Baharu sepanjang tahun 2010 mengikut jadual yang ditetapkan.

Lawatan ke Perpustakaan Permainan JPNIN Daearah Kulim/B.Baharu sepanjang tahun 2010....

Pusat Sains, Matematik dan Teknologi

Pusat Bahasa dan Komunikasi

Pusat Sosioemosi

Kotak Bertema

P&P menggunakan Pusat Kotak Bertema

Pusat Kreativiti & Fizikal

Seronoknya.....main masak-masak...